Tuan Puan boleh menghantar SMS kepada nombor-nombor telefon yang disimpan dalam fail yang menggunakan format Excel yang betul.

1. Untuk memuatnaikan fail excel, Tuan Puan perlu klikkan pada By Excel dalam halaman Send SMS.

2. Apabila fail Excel sudah di muatnaik, nama fail tersebut akan ditunjukkan pada sebelah kanan Choose File dan Jumlah Penerima SMS akan ditunjukkan pada sebelah kiri Choose File.

Sekiranya Tuan Puan baru pertama kali ingin menghantar SMS, Tuan Puan perlu memasukkan isi kandungan SMS terlebih dahulu.

3. Mesej tersebut juga boleh disimpan sebagai templat untuk kegunaan pada masa hadapan. Tuan Puan hanya perlu klikkan pada Save As Template.

**TIPS

Bagi mengelakkan sistem mengenakan caj sebanyak 2 kredit bagi 1 SMS adalah:

1. Jumlah isi kandungan SMS tidak melebihi 160 karakter.
2. Meletakkan RM0.00 pada permulan setiap isi kandungan SMS. Tidak perlu meletakkan jarak selepas “RM”.
3. Elakkan Menggunakan 8 special karakter seperti: { } [ ] | \ ~ ^

Notes: Bagi penggunaan Personalized Message, jumlah karakter yang akan dikira adalah berdasarkan data yang Tuan Puan gunakan.

4. Masukkan nama bagi templat tersebut. Nama setiap templat haruslah berbeza.

5. Masukkan isi kandungan SMS tersebut kemudian klikkan Add.

6. Klikkan pada Select dalam ruangan Action untuk memasukkan templat ke dalam isi kandungan SMS.

7. Sekiranya Tuan Puan ingin mengedit templat tersebut, klikkan ikon Edit dalam ruangan Action.

Apabila selesai mengedit templat, klikkan Update. Sekiranya Tuan Puan tidak ingin mengubah sebarang maklumat, klikkan Back.

8. Untuk memadam atau membuang templat tersebut, Tuan Puan klikkan symbol ‘X’ dalam ruangan Action.


Tuan Puan akan mempunyai dua pilihan untuk menghantar sama ada Immediately atau Schedule.

1. Untuk menghantar SMS secara Immediately boleh dilakukan dengan cara Tuan Puan klikkan pada Immediate kemudian klikkan pada butang Submit seperti di bawah:

2. Apabila Tuan Puan klikkan pada Submit, satu pop-up akan keluar untuk menunjukkan maklumat yang di hantar seperti di bawah:

3. Tuan Puan juga boleh menghantar SMS secara Schedule. Pilih Schedule di ruangan “Please select a send option” seperti di bawah:

4. Tuan Puan boleh memilih dan menukarkan Time Zone, Broadcast Date (tarikh untuk menghantar SMS tersebut) dan Broadcast Time (masa untuk SMS itu dihantar).

5. Apabila selesai, Tuan Puan klikkan pada butang Submit kemudian akan keluar satu pop-up untuk semakan seperti di bawah:

Berikut merupakan Video Tutorial sebagai Rujukan Tuan Puan: