Di bahagian Manage Template, Tuan Puan boleh mencipta templat baru atau mengedit isi kandungan templat yang telah sedia ada untuk kegunaan pada masa hadapan sebagai isi kandunga SMS yang akan dihantar.

1. Klikkan pada Manage Template, Tuan Puan juga boleh klikkan pada ikon Message Template.

2. Tuan Puan boleh melihat senarai templat yang sedia ada sekiranya Tuan Puan pernah menyimpan mesej di templat.

3. Sekiranya Tuan Puan ingin menambah templat, Tuan Puan perlu klikkan pada Add New Template.

4. Kemudian masukkan nama bagi templat tersebut dan isi kandungan SMS yang Tuan Puan ingin gunakan. Kemudian Tuan Puan perlu klikkan Add.

5. Bagi mengedit templat tersebut, Tuan Puan boleh klikkan pada ikon Edit dalam ruangan Action.

Editkan isi kandungan SMS seperti yang Tuan Puan inginkan kemudian klikkan Update.

6. Sekiranya Tuan Puan tidak ingin melakukan sebarang perubahan, Tuan Puan perlu klikkan Back.