Di bahagian Contact Group, Tuan Puan boleh melihat senarai contact group yang telah diciptakan oleh Tuan Puan untuk digunakan bagi menghantar SMS.

Untuk mencari Contact Group yang telah sedia ada, klikkan pada Manage Group dan klikkan pada Show Group Details.

  1. Semua group yang sedia ada akan ditunjukkan di dalam jadual seperti di atas.
  2. Group Tag yang sama boleh digunakan oleh group yang berbeza.
  3. Untuk menambahkan nombor telefon, klikkan pada simbol Import Contact di ruangan Action. Proses ini akan mengemaskini nombor telefon yang sedia ada.
  4. Untuk memuat turun maklumat group, klikkan pada simbol Download Contact di ruangan Action.
  5. Tuan Puan juga boleh menambahkan Description dan Notes dalam ruangan yang disediakan kemudian klikkan Update Record.
  6. Untuk memadamkan group tertentu, tandakan dalam ruangan check box kemudian klikkan pada Delete Selected.

Berikut merupakan Video Tutorial sebagai Rujukan Tuan Puan: