Untuk membatalkan (Cancel) SMS yang telah dijadualkan untuk dihantarkan kepada pelanggan/prospek, Tuan/Puan boleh rujuk langkah-langkah berikut.

1. Hover pada bahagian tab Analytics kemudian klikkan pada SMS Report.

2. Laporan SMS yang dijadualkan akan dipaparkan pada bahagian Future Broadcast.

3. Klikkan pada simbol “X” dalam ruangan bahagian Action bagi SMS yang dijadual yang pihak Tuan/Puan ingin batalkan (Cancel).

4. Satu pop-up “Do you want to delete the selected broadcast” akan keluar. Klikkan OK untuk membatalkan SMS tersebut daripada dihantar kepada pelanggan/prospek ATAU Cancel sekiranya Tuan/Puan ingin meneruskan penghantaran SMS tersebut kepada pelanggan/prospek.

5. Satu pop-up yang menyatakan SMS tersebut berjaya dibatalkan akan keluar. Klikkan OK untuk menutup pop-up tersebut.